mY folLoWeRs


.:: Chatroll Radio Online Sabahan Utara.FM ::.

Monday, July 30, 2012

prelaunchX Invitation

prelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX

Sunday, July 15, 2012

SPM : Mathematics Module (Probability) (STF)

SPM :Mathematic (Probability)

PMR Mathematics Formulas

Monday, July 9, 2012

Hykall Artis Pulau Pinang Di Utara.FM





  • Penyanyi asal lagu ini berasal dari Pulau Pinang & ingin mempromosikan lagunya di Utara.FM.. Oyen difahamkan bahawa beliau baru saja melancarkan sebuah album dalam sebulan yang lepas..


    Details Lagu : - 
    Lagu : Mat Din
  • Lirik : Yassuri (YY) 
  • Artis : Hykall


    Pertama kali dengar lagu ini,Oyen rasa macam wowwwwwww...nice lyric..macam sampai di lubuk hati maksud lirik pada lagu ini..bagi saya,ok...Bertaut Kembali,tajuk lagu ini...hehe...wah..cintan-cintan ya..apa pun,saya mau ajak rakan-rakan semua yang melawat dan membaca entri ini untuk melawat laman youtube lagu Hykall ini di sini Bertaut Kembali - Hykall...


    P/S : Hykall D'Reez mengucapkan terima kasih kepada Utara.FM sebab tolong promosikan lagu beliau dan berharap agar rakan-rakan semua suka dengan lagu ini..
  • Utara.FM juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hykall kerana kesudian memilih Radio ini untuk membantu mempromosikan lagunya dan mendoakan supaya Hykall berjaya serta memperluaskan lagi bakat nyanyian pada masa-masa akan datang..kalau ada lagu baru,boleh hit Utara.FM bila-bila masa.. Macam Biasa Juga Bah !!


    FB Hykall : Hykall D'reez



The Pangkren & Utara.FM







*oh, ur radio utara fm quite popular among my sabahan friend here in kl,one of them suggest me to approach your team* kata Hisham Mashor

The Pangkren adalah sebuah band berkonsepkan pop yang berasal dari Kepong, Kuala Lumpur..

Nama Band : The Pangkren
Bandar : Kuala Lumpur
Anggota : Hisham - one man band (vocal, background vocal, gitar, bass, keyboard, dram, sinth, kerincing e.t.c.)
Tahun Ditubuhkan : April 2011
Konsep Band : D.I.Y. Pop
Influence : 60's & 80's Pop
Label : Studio Kuda Belang (label saya sendiri )


Lagu : Dendanganku
Lirik : Hisham
Lagu : Hisham


Bersinar terang bintang-bintang
Gambar keindahan wajahmu
Seirama cinta
Untuk kau dendanganku

Dan bukan hanya kata-kata
Seisi maya bandingannya
Untuk ku lukiskan
Seikhlasnya cintaku

c/o :

Masih terdengar lagi
Melodi rindumu sayukan malamku
Masih ku terasa
Hangatnya sentuhanmu

P/S : The Pangkren mengucapkan terima kasih dan mohon di promote kan di radio dan web milik tuan dan blog rasmi Utara FM..terima kasih sekali lagi katanya...




Admin Blog : Terima Kasih juga kepada Hisham Mashor kerana hit Utara.FM untuk membantu mempromosikan lagu Dendanganku..first time DJ Oyen dengarkan lagu ini,tidak tahu berapa kali lah diputarkan di player sebab mau dengarkan banyak kali dan cuba untuk menyelami maksud pada lirik lagu ini..Bagi saya,lagu ni memang simple,senang mau ikut nyanyi sekalilah..hehehe...memang best lah & sampai ke hari ini,setiap kali Oyen bersiaran di Utara.FM lagu ini mesti ada dalam list untuk di spin di Radio Online Sabahan Utara.FM..so,Oyen mau ajak semua rakan-rakan yang baca entri Oyen ni untuk view lagu ni di Youtube..klik link ini Dendanganku - The Pangkren..Apa pun,Oyen mendoakan agar band The Pangkren akan terus sukses dan menghasilkan lagu yang best untuk Industri Seni Tanah Air kita..Chayok2 !!...


FB The Pangkren : The Pangkren
(Dengarkan lagu-lagu di page kami dan suggest page ini kepada rakan2 anda)

Utara.FM



Ahli-Ahli Lembaga Penasihat UtaraFM



Penaung :- Tuan Haji Dr Janathan Kandok
Encik Mohd Jasni Ahmad Shukri ( Pengasas )
Encik Androd Sadian 
Encik Mohd Khairul Abdullah 
Encik Illie Jaymond
Encik Nordin Thani 


Jawatankuasa Pengurusan



Encik Mohd Jasni Ahmad Shukri ( Pemasaran, Promosi dan ICT )
Encik Mohd Khairul Abdullah ( Pengurusan dan Pemantauan )
Encik Illie Jaymond ( Unit Siaran Luar dan Kawalan Rancangan )
Encik Nordin Thani ( Unit Khas, Operasi, Teknikal dan Produksi )
Encik Denny Tsen ( Ketua Penyampai dan Hal Ehwal Semasa )


Ketua-Ketua Bahagian dan Unit



Ketua Penyampai :- DJ Siiputt
Penolong I :- DJ Kupang
Penolong II :- DJ LM




Penyampai-Penyampai Utara.FM



Klik sini untuk lawati laman sesawang Unit Khas Utara.FM dan meninjau Transformasi Utara.FM serta mengenali Para Penyampai Radio Online Sabahan Utara.FM

Sunday, July 8, 2012

DJ Oyen & New Sabah Times

Edisi Bahasa Melayu
wahhhhhhhhhhh !!!!...gila !!...macam unbelieveable ba..kekeke..nway credit to Cicelia Jack sebab tulung kasi keluar news story c Oyen n also Radio Online Sabahan Utara.FM...nahh...this one is related to Bahasa Melayu edition.. New Sabah Times : 07/07/2012 Muka Surat 13..

Edisi Bahasa KadazanDusun
nahhhhhhhhhhhh !!..this one pula article yang related to Bahasa KadazanDusun edition..special for me dia bilang c Cicelia Jack sebab di cetak dalam dua edisi..tq very much again ar Cicelia Jack... New Sabah Times : 07/07/2012 Muka Surat 17..
cc : Cicelia Jack, New Sabah Times & Rakan2 Warga Radio Online Sabahan Utara.FM

Me_Now





hehe... Oyen now...alaf baru kunun..anyway... terima kasih kepada yang telah sudi meringankan jari & mata anda untuk melawat entri sa ni..lama suda no updating bah sebab really busy all the time...tapi,syukur juga lah kepada Tuhan kerana c Oyen masih diberi peluang untuk menghadap Bumi.. love u alls..love god.. peace.. ^_^ v

My Potret

Myself



A big thanks to Bibie Mei sebab sudi juga mo draw down ni face c oyen yang bida..but this lukisan is really superb..I really like..So,kamurang yang interested mau u all punya muka kana draw camni,boleh contact terus dengan Bibie Mei ok..



p/s : cek out dia punya Social Page di Facebook : Pelukis Potrait and Art (Perkhidmatan Melukis Potret) .. peace.. ^_^ v

Friday, June 1, 2012

Jom Kenali Bibie Mei



Bibie Mei atau nama sebenarnya Mira Sibeh berasal dari Daerah Tamparuli,merupakan seorang yang berbakat besar bidang seni.. Pelukis Potrait & Art (Perkhidmatan Melukis Potret),Page Sosialnya di Laman Muka Buku / Facebook..Hobi dan Kegemaran ini juga turut dijejak langkah oleh adiknya Melia Lea (Melia Sibeh)..

Bibie Mei ADALAH PELUKIS POTRET SAMBILAN & MEMBUAT PENANDA BUKU YANG BERUNSURKAN LUKISAN POTRET DENGAN SAJAK DAN AYAT-AYAT INDAH DAN ILUSTRASI MENARIK..JIKA BERMINAT,ANDA HANYA PERLU MENEMPAH MELALUI CARA-CARA YANG TELAH DITETAPKAN.. HUBUNGI BELIAU JIKA BERMINAT (Bibie Mei)

Contoh Potret yang dihasilkan oleh Bibie Mei

Britney Spears


Barbie Hsu


Zhao Wei


Avril Lavigne



Harga tempahan untuk softcopy sahaja adalah:

- Rm15 untuk hitam putih
- RM25 untuk berwarna
- Setiap lukisan akan disiapkan dalam masa Maksimum 7 hari.
- SMS saya (jika perlu) untuk memaklumkan tempahan anda : 0136985022 

p/s : Tempahan hardcopy (setiap tempahan hardcopy akan diberi softcopy secara percuma


Untuk sebarang keterangan lanjut bolehlah lawati Page Sosial beliau di Pelukis Potrait and art ( Perkhidmatan melukis potret )

Tuesday, May 29, 2012

Nera di Konsert PK1S 14 Julai 2012 nanti


Walaupun sibuk dengan tugasan sebagai penyanyi dan pelakon, Nera (Akademi Fantasia) atau nama sebenarnya Queennera Francine Francis Kitingan yang pernah mendapat tempat dalam Miss Earth-Water Sabah 2010 sempat meluangkan masa bersama krew iRTV di tempat yang kurang eksklusif untuk rundingan sebagai artis jemputan sempena Konsert PK1S yang akan diadakan pada 14 Julai 2012 nanti. Nera agak teruja dengan konsep yang diketengahkan dalam program ini dan bersetuju untuk bersama-sama menjayakan konsert tersebut. Pada masa ini Nera sedang sibuk penggambaran beberapa telemovie di samping jemputan persembahan sepanjang Pesta Kaamatan.

Read more: http://www.irealiti.com/component/content/article/35-aktiviti-/269-nera-akan-menggegarkan-konsert-pk1s-.html#ixzz1wG71U12g


PERADUAN GAMBAR SELEBRITI KONSERT PUTERI KORPORAT 1SABAH

SYARAT DAN TERMA

1. Terbuka kepada semua untuk kategori Lelaki dan Wanita

2. Hantar gambar peribadi terbaik anda ke admin@irealiti.com sebelum atau pada 12hb Jun 2012.

3. Gambar sendiri dalam format JPEG/JPG sahaja bersaiz tidak kurang dari 500 piksel.

4. Tulis tajuk email "GAMBAR SELEBRITI KONSERT PK1S".

5. Sertakan Nama Penuh, Alamat Tempat Tinggal, No. Hand Phone anda dan URL ID Facebook
Contoh : http://www.facebook.com/unit.irealiti

6. PENTING : Sila pastikan tiada tanda/label/tulisan di gambar tersebut. Gambar yang mempunyai label tidak akan kami pertandingkan tanpa notis.

7. Keputusan peraduan adalah MUKTAMAD.

8. Pemenang akan diberitahu melalui siaran radio online Utara.FM di http://www.utarafm.net/ dan melalui media rasmi kami iaitu akhbar Harian Metro dan Berita Harian.

9. Sebarang perubahan akan dikemaskinikan di sini.

10. Peraduan berakhir pada 7hb Julai 2012 (Ahad).

Apa yang anda perlu lakukan ialah minta bantuan kawan-kawan dan keluarga anda mengundi untuk anda. Mereka hanya perlu melakukan 2 (dua) langkah iaitu,

LANGKAH 1 : klik "LIKE" http://www.facebook.com/irealiti
LANGKAH 2 : klik "LIKE" gambar anda

-----------------------------------------------------------

HADIAH YANG DITAWARKAN

2 pemenang akan dipilih berdasarkan ‘like’ tertinggi gambar yang dipertandingkan iaitu seorang LELAKI dan seorang WANITA

1. Wang Tunai RM100 setiap seorang
2. Tiket Selebriti ‘makan malam’ Konsert PK1S pada 14hb Julai 2012 di Kota Kinabalu.
3. Nama dan gambar pemenang akan dipaparkan di Harian Metro/Berita Harian pada 12hb Julai 2012.
4. Beramah mesra dengan artis jemputan dan pelajar-pelajar Top 20 PK1S.
5. Hadiah akan disampaikan dalam majlis tersebut.

NOTA | Jika pemenang tidak dapat hadir ke majlis tersebut, wang tunai akan dikirimkan melalui bank.

Sebarang pertanyaan, sila email ke admin@irealiti.com atau inbox (facebook) Pengurusan Irealiti di http://www.facebook.com/unit.irealiti

SELAMAT MENYERTAI PERADUAN KAMI. JUMPA ANDA PADA 14 JULAI 2012
SEMPENA KONSERT PUTERI KORPORAT 1SABAH.

SEMOGA BERJAYA! TERIMA KASIH.
-New Sabah Times-

Bagi menghargai perjuangan serta bakat seni di Sabah, sebuah rancangan yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada para penggiat seni di Negeri Di Bawah Bayu bakal diadakan tidak lama lagi. Rancangan ‘Anugerah Skrin KDM 2012’ merupakan anjuran bersama Pengarah filem dan telemovie terkenal, Tony Francis Gitom selaku pengerusi penganjur dan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajan (NGO), media cetak, agensi-agensi kerajaan serta beberapa penaja lain.

“Anugerah ini merupakan sebuah wadah baharu yang diwujudkan untuk memberi nafas baru dalam bidang hiburan tempatan di negeri Sabah khasnya kepada golongan anak seni KDM agar terus berkembang maju dan statik. Katanya, selain dapat menjadi pemangkin terhadap pengiktirafan bakat artis, anugerah itu juga diharap menjadi semangat baru bidang hiburan tempatan khasnya golongan yang dahagakan sokongan dan pembelaan dari kerajaan agar terus meriah sebagaimana keadaan sekarang.

“Program ini sekaligus memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada golongan anak seni KDM di negeri Sabah atas kecemerlangan mereka dan karya mereka dalam seni hiburan sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2012. Penganjur turut mendapat kerjasama sokongan dan tajaan dari beberapa persatuan, stesen radio, media cetak dan agensi kerajaan untuk menjayakan rancangan ini. Menurut Tony, festival ini menggalakkan penggiat filem dan muzik untuk menghasilkan karya yang baik dan bermutu selain dapat memaparkan ciri-ciri budaya KDM.

Berikut merupakan 13 buah kategori yang akan dipertandingkan:

(1) PENYANYI TERBAIK KADAZAN.

(2) PENYANYI TERBAIK DUSUN.

(3) PENYANYI TERBAIK MURUT.

(4) KATEGORI ARTIS KDM PALING POPULAR.

(5) KATEGORI MTV KARAOKE KDM PALING POPULAR.

(6) LAGU KDM PALING POPULAR.

(7) LAGU SINGLE PALING POPULAR OLEH ARTIS KDM (Bahasa Rojak)

(8) KATEGORI PELAKON KOMEDI KDM PALING POPULAR.

(9) KATEGORI PELAKON WANITA KDM TERBAIK.

(10) KATEGORI PELAKON LELAKI KDM TERBAIK.

(11) KATEGORI DJ KDM PALING POPULAR.

(12) KATEGORI WARTAWAN HIBURAN KDM TERBAIK.

(13) TELEMOVIE KDM PALING POPULAR.

Justeru, Tony berharap penyertaan semua artis berbangsa KDM dalam anugerah berkenaan sambil menegaskan hanya pengkarya berbangsa KDM yang layak bertanding.

“Orang ramai terutamanya peminat-peminat hiburan tempatan (termasuk penggiat seni) bolehlah mencadangkan nama-nama calon artis, lagu, MTV Karaoke atau telemovie pilihan kesukaan masing-masing dalam laman sosial Facebooknya: Tony Francis Gitom sebelum atau pada 10hb Mei ini.

Tambahnya, borang undian akan disediakan di akhbar ‘The New Sabah Times’ selepas proses penapisan dibuat kelak.

Sebarang maklumat lanjut mengenai program itu bolehlah menghubungi beliau (Tony) di talian 016-8248860 atau facebook: Tony Francis Gitom.

Thursday, May 3, 2012

KUALA LUMPUR, 3 MEI 2012: Baru sahaja kami menerima perkhabaran yang mengatakan bahawa pelakon dan pelawak terkenal Bob Kuman telah meninggal dunia tepat jam 4.38 petang tadi di sisi isteri tercinta di rumahnya di Kota Damansara dan akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.Beberapa minggu lalu, Bob pernah didakwa telah menghembuskan nafasnya yang terakhir bagaimanapun itu adalah berita palsu.Namun kali ini Bob Kuman benar-benar sudah menghembuskan nafasnya dan kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah. copyright by Murai.com