mY folLoWeRs
.:: Chatroll Radio Online Sabahan Utara.FM ::.
Tuesday, May 29, 2012
PERADUAN GAMBAR SELEBRITI KONSERT PUTERI KORPORAT 1SABAH
SYARAT DAN TERMA
1. Terbuka kepada semua untuk kategori Lelaki dan Wanita
2. Hantar gambar peribadi terbaik anda ke admin@irealiti.com sebelum atau pada 12hb Jun 2012.
3. Gambar sendiri dalam format JPEG/JPG sahaja bersaiz tidak kurang dari 500 piksel.
4. Tulis tajuk email "GAMBAR SELEBRITI KONSERT PK1S".
5. Sertakan Nama Penuh, Alamat Tempat Tinggal, No. Hand Phone anda dan URL ID Facebook
Contoh : http://www.facebook.com/unit.irealiti
6. PENTING : Sila pastikan tiada tanda/label/tulisan di gambar tersebut. Gambar yang mempunyai label tidak akan kami pertandingkan tanpa notis.
7. Keputusan peraduan adalah MUKTAMAD.
8. Pemenang akan diberitahu melalui siaran radio online Utara.FM di http://www.utarafm.net/ dan melalui media rasmi kami iaitu akhbar Harian Metro dan Berita Harian.
9. Sebarang perubahan akan dikemaskinikan di sini.
10. Peraduan berakhir pada 7hb Julai 2012 (Ahad).
Apa yang anda perlu lakukan ialah minta bantuan kawan-kawan dan keluarga anda mengundi untuk anda. Mereka hanya perlu melakukan 2 (dua) langkah iaitu,
LANGKAH 1 : klik "LIKE" http://www.facebook.com/irealiti
LANGKAH 2 : klik "LIKE" gambar anda
-----------------------------------------------------------
HADIAH YANG DITAWARKAN
2 pemenang akan dipilih berdasarkan ‘like’ tertinggi gambar yang dipertandingkan iaitu seorang LELAKI dan seorang WANITA
1. Wang Tunai RM100 setiap seorang
2. Tiket Selebriti ‘makan malam’ Konsert PK1S pada 14hb Julai 2012 di Kota Kinabalu.
3. Nama dan gambar pemenang akan dipaparkan di Harian Metro/Berita Harian pada 12hb Julai 2012.
4. Beramah mesra dengan artis jemputan dan pelajar-pelajar Top 20 PK1S.
5. Hadiah akan disampaikan dalam majlis tersebut.
NOTA | Jika pemenang tidak dapat hadir ke majlis tersebut, wang tunai akan dikirimkan melalui bank.
Sebarang pertanyaan, sila email ke admin@irealiti.com atau inbox (facebook) Pengurusan Irealiti di http://www.facebook.com/unit.irealiti
SELAMAT MENYERTAI PERADUAN KAMI. JUMPA ANDA PADA 14 JULAI 2012
SEMPENA KONSERT PUTERI KORPORAT 1SABAH.
SEMOGA BERJAYA! TERIMA KASIH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment