mY folLoWeRs


.:: Chatroll Radio Online Sabahan Utara.FM ::.

Tuesday, May 29, 2012

-New Sabah Times-

Bagi menghargai perjuangan serta bakat seni di Sabah, sebuah rancangan yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada para penggiat seni di Negeri Di Bawah Bayu bakal diadakan tidak lama lagi. Rancangan ‘Anugerah Skrin KDM 2012’ merupakan anjuran bersama Pengarah filem dan telemovie terkenal, Tony Francis Gitom selaku pengerusi penganjur dan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajan (NGO), media cetak, agensi-agensi kerajaan serta beberapa penaja lain.

“Anugerah ini merupakan sebuah wadah baharu yang diwujudkan untuk memberi nafas baru dalam bidang hiburan tempatan di negeri Sabah khasnya kepada golongan anak seni KDM agar terus berkembang maju dan statik. Katanya, selain dapat menjadi pemangkin terhadap pengiktirafan bakat artis, anugerah itu juga diharap menjadi semangat baru bidang hiburan tempatan khasnya golongan yang dahagakan sokongan dan pembelaan dari kerajaan agar terus meriah sebagaimana keadaan sekarang.

“Program ini sekaligus memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada golongan anak seni KDM di negeri Sabah atas kecemerlangan mereka dan karya mereka dalam seni hiburan sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2012. Penganjur turut mendapat kerjasama sokongan dan tajaan dari beberapa persatuan, stesen radio, media cetak dan agensi kerajaan untuk menjayakan rancangan ini. Menurut Tony, festival ini menggalakkan penggiat filem dan muzik untuk menghasilkan karya yang baik dan bermutu selain dapat memaparkan ciri-ciri budaya KDM.

Berikut merupakan 13 buah kategori yang akan dipertandingkan:

(1) PENYANYI TERBAIK KADAZAN.

(2) PENYANYI TERBAIK DUSUN.

(3) PENYANYI TERBAIK MURUT.

(4) KATEGORI ARTIS KDM PALING POPULAR.

(5) KATEGORI MTV KARAOKE KDM PALING POPULAR.

(6) LAGU KDM PALING POPULAR.

(7) LAGU SINGLE PALING POPULAR OLEH ARTIS KDM (Bahasa Rojak)

(8) KATEGORI PELAKON KOMEDI KDM PALING POPULAR.

(9) KATEGORI PELAKON WANITA KDM TERBAIK.

(10) KATEGORI PELAKON LELAKI KDM TERBAIK.

(11) KATEGORI DJ KDM PALING POPULAR.

(12) KATEGORI WARTAWAN HIBURAN KDM TERBAIK.

(13) TELEMOVIE KDM PALING POPULAR.

Justeru, Tony berharap penyertaan semua artis berbangsa KDM dalam anugerah berkenaan sambil menegaskan hanya pengkarya berbangsa KDM yang layak bertanding.

“Orang ramai terutamanya peminat-peminat hiburan tempatan (termasuk penggiat seni) bolehlah mencadangkan nama-nama calon artis, lagu, MTV Karaoke atau telemovie pilihan kesukaan masing-masing dalam laman sosial Facebooknya: Tony Francis Gitom sebelum atau pada 10hb Mei ini.

Tambahnya, borang undian akan disediakan di akhbar ‘The New Sabah Times’ selepas proses penapisan dibuat kelak.

Sebarang maklumat lanjut mengenai program itu bolehlah menghubungi beliau (Tony) di talian 016-8248860 atau facebook: Tony Francis Gitom.

No comments:

Post a Comment