mY folLoWeRs


.:: Chatroll Radio Online Sabahan Utara.FM ::.

Tuesday, May 29, 2012

Nera di Konsert PK1S 14 Julai 2012 nanti


Walaupun sibuk dengan tugasan sebagai penyanyi dan pelakon, Nera (Akademi Fantasia) atau nama sebenarnya Queennera Francine Francis Kitingan yang pernah mendapat tempat dalam Miss Earth-Water Sabah 2010 sempat meluangkan masa bersama krew iRTV di tempat yang kurang eksklusif untuk rundingan sebagai artis jemputan sempena Konsert PK1S yang akan diadakan pada 14 Julai 2012 nanti. Nera agak teruja dengan konsep yang diketengahkan dalam program ini dan bersetuju untuk bersama-sama menjayakan konsert tersebut. Pada masa ini Nera sedang sibuk penggambaran beberapa telemovie di samping jemputan persembahan sepanjang Pesta Kaamatan.

Read more: http://www.irealiti.com/component/content/article/35-aktiviti-/269-nera-akan-menggegarkan-konsert-pk1s-.html#ixzz1wG71U12g


PERADUAN GAMBAR SELEBRITI KONSERT PUTERI KORPORAT 1SABAH

SYARAT DAN TERMA

1. Terbuka kepada semua untuk kategori Lelaki dan Wanita

2. Hantar gambar peribadi terbaik anda ke admin@irealiti.com sebelum atau pada 12hb Jun 2012.

3. Gambar sendiri dalam format JPEG/JPG sahaja bersaiz tidak kurang dari 500 piksel.

4. Tulis tajuk email "GAMBAR SELEBRITI KONSERT PK1S".

5. Sertakan Nama Penuh, Alamat Tempat Tinggal, No. Hand Phone anda dan URL ID Facebook
Contoh : http://www.facebook.com/unit.irealiti

6. PENTING : Sila pastikan tiada tanda/label/tulisan di gambar tersebut. Gambar yang mempunyai label tidak akan kami pertandingkan tanpa notis.

7. Keputusan peraduan adalah MUKTAMAD.

8. Pemenang akan diberitahu melalui siaran radio online Utara.FM di http://www.utarafm.net/ dan melalui media rasmi kami iaitu akhbar Harian Metro dan Berita Harian.

9. Sebarang perubahan akan dikemaskinikan di sini.

10. Peraduan berakhir pada 7hb Julai 2012 (Ahad).

Apa yang anda perlu lakukan ialah minta bantuan kawan-kawan dan keluarga anda mengundi untuk anda. Mereka hanya perlu melakukan 2 (dua) langkah iaitu,

LANGKAH 1 : klik "LIKE" http://www.facebook.com/irealiti
LANGKAH 2 : klik "LIKE" gambar anda

-----------------------------------------------------------

HADIAH YANG DITAWARKAN

2 pemenang akan dipilih berdasarkan ‘like’ tertinggi gambar yang dipertandingkan iaitu seorang LELAKI dan seorang WANITA

1. Wang Tunai RM100 setiap seorang
2. Tiket Selebriti ‘makan malam’ Konsert PK1S pada 14hb Julai 2012 di Kota Kinabalu.
3. Nama dan gambar pemenang akan dipaparkan di Harian Metro/Berita Harian pada 12hb Julai 2012.
4. Beramah mesra dengan artis jemputan dan pelajar-pelajar Top 20 PK1S.
5. Hadiah akan disampaikan dalam majlis tersebut.

NOTA | Jika pemenang tidak dapat hadir ke majlis tersebut, wang tunai akan dikirimkan melalui bank.

Sebarang pertanyaan, sila email ke admin@irealiti.com atau inbox (facebook) Pengurusan Irealiti di http://www.facebook.com/unit.irealiti

SELAMAT MENYERTAI PERADUAN KAMI. JUMPA ANDA PADA 14 JULAI 2012
SEMPENA KONSERT PUTERI KORPORAT 1SABAH.

SEMOGA BERJAYA! TERIMA KASIH.
-New Sabah Times-

Bagi menghargai perjuangan serta bakat seni di Sabah, sebuah rancangan yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada para penggiat seni di Negeri Di Bawah Bayu bakal diadakan tidak lama lagi. Rancangan ‘Anugerah Skrin KDM 2012’ merupakan anjuran bersama Pengarah filem dan telemovie terkenal, Tony Francis Gitom selaku pengerusi penganjur dan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajan (NGO), media cetak, agensi-agensi kerajaan serta beberapa penaja lain.

“Anugerah ini merupakan sebuah wadah baharu yang diwujudkan untuk memberi nafas baru dalam bidang hiburan tempatan di negeri Sabah khasnya kepada golongan anak seni KDM agar terus berkembang maju dan statik. Katanya, selain dapat menjadi pemangkin terhadap pengiktirafan bakat artis, anugerah itu juga diharap menjadi semangat baru bidang hiburan tempatan khasnya golongan yang dahagakan sokongan dan pembelaan dari kerajaan agar terus meriah sebagaimana keadaan sekarang.

“Program ini sekaligus memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada golongan anak seni KDM di negeri Sabah atas kecemerlangan mereka dan karya mereka dalam seni hiburan sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2012. Penganjur turut mendapat kerjasama sokongan dan tajaan dari beberapa persatuan, stesen radio, media cetak dan agensi kerajaan untuk menjayakan rancangan ini. Menurut Tony, festival ini menggalakkan penggiat filem dan muzik untuk menghasilkan karya yang baik dan bermutu selain dapat memaparkan ciri-ciri budaya KDM.

Berikut merupakan 13 buah kategori yang akan dipertandingkan:

(1) PENYANYI TERBAIK KADAZAN.

(2) PENYANYI TERBAIK DUSUN.

(3) PENYANYI TERBAIK MURUT.

(4) KATEGORI ARTIS KDM PALING POPULAR.

(5) KATEGORI MTV KARAOKE KDM PALING POPULAR.

(6) LAGU KDM PALING POPULAR.

(7) LAGU SINGLE PALING POPULAR OLEH ARTIS KDM (Bahasa Rojak)

(8) KATEGORI PELAKON KOMEDI KDM PALING POPULAR.

(9) KATEGORI PELAKON WANITA KDM TERBAIK.

(10) KATEGORI PELAKON LELAKI KDM TERBAIK.

(11) KATEGORI DJ KDM PALING POPULAR.

(12) KATEGORI WARTAWAN HIBURAN KDM TERBAIK.

(13) TELEMOVIE KDM PALING POPULAR.

Justeru, Tony berharap penyertaan semua artis berbangsa KDM dalam anugerah berkenaan sambil menegaskan hanya pengkarya berbangsa KDM yang layak bertanding.

“Orang ramai terutamanya peminat-peminat hiburan tempatan (termasuk penggiat seni) bolehlah mencadangkan nama-nama calon artis, lagu, MTV Karaoke atau telemovie pilihan kesukaan masing-masing dalam laman sosial Facebooknya: Tony Francis Gitom sebelum atau pada 10hb Mei ini.

Tambahnya, borang undian akan disediakan di akhbar ‘The New Sabah Times’ selepas proses penapisan dibuat kelak.

Sebarang maklumat lanjut mengenai program itu bolehlah menghubungi beliau (Tony) di talian 016-8248860 atau facebook: Tony Francis Gitom.

Thursday, May 3, 2012

KUALA LUMPUR, 3 MEI 2012: Baru sahaja kami menerima perkhabaran yang mengatakan bahawa pelakon dan pelawak terkenal Bob Kuman telah meninggal dunia tepat jam 4.38 petang tadi di sisi isteri tercinta di rumahnya di Kota Damansara dan akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.Beberapa minggu lalu, Bob pernah didakwa telah menghembuskan nafasnya yang terakhir bagaimanapun itu adalah berita palsu.Namun kali ini Bob Kuman benar-benar sudah menghembuskan nafasnya dan kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah. copyright by Murai.com